Bismillahhirrahmanirrahim. Assalamualaikum
w.b.t. ini kisah kami 4 sekawan. Sentiasa bersama tak kira di mana jua. Kisah
kami yang mungkin perlu dijadikan teladan. Hargai sahabat yang sentiasa ada
bersama dengan kita sebelum semuanya terlambat. Nama aku Hafiyah Hazwani. Anak
jati Teluk Intan, Perak. Membesar bersama 3 orang sahabat yang sentiasa bersama
tak kira apa jua keadaan. Biarpun perangai kami, kepandaian kami, kecantikan
kami jauh berbeza namun itu semua bukan penghalang, Azaliza bt Zaini sahabat keduaku.
Orangnya baik cantik, santun dan berbudi bahasa. Nur Soleha Radzi juga tidak
kurang manisnya. Anak tokey kedai makan yang dikenali. Dan sahabat yang
melengkapkan kumpulan kami Erma Maslinda. Sahabat yang penyayang. Pada tanggal
18/3/2014 kami kehilangan salah seorang sahabat yang kami sayangi. Perginya
beliau memberi impak yang besar kepada kami. Kehilangan sahabat yang kami sudah
anggap seperti adik-beradik itu membuatkan kami berasa kekurangan. Kekurangan
sesuatu yang kami anggap seperti berlian dan batu permata. Sebelum meneruskan
cerita, aku mohon pada semua sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Erma Maslinda bt
Normass. .........
Ketika kami mula menjejakkan kaki di bangku
persekolahan, kami tidak mengenali satu sama lain. SK KAMPONG BAHAGIA telah menjadi
tempat pertemuan persahabatan kami. Walaupun aku berada di kelas yang teratas,
namun perkara itu tidak menghalang aku untuk bersahabat dengan mereka. Mungkin
itu kekurangan mereka, tapi mereka mempunyai kelebihan sendiri. Kami tidak
pernah minta untuk dipertemukan dan kami juga tidak pernah minta untuk
dipisahkan. Pertemuan yang tidak dirancang tetapi sudah ditetapkan di Luh
Mahfuz takdir kami. Kami mula menjadi sahabat baik ketika berada di darjah 2
tidak silapku. Kerana ketika itu aku berpindah di Kampung Bahagia. Jarak rumah
kami tidak jauh memudahkan kami berjumpa antara satu sama lain. Sudah menjadi
kebiasaan kami akan berkumpul dan berjumpa ketika waktu petang. Rutin itu kami
teruskan sehingga kami menjejakkan kaki kami ke peringakat sekolah menengah.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kami masih lagi mampu bersama
ketika ini. SMK SERI PERAK memberikan kami berjuta-juta kenangan yang tidak
mungkin kami lupakan. Kami berempat di tempatkan di kelas yang berlainan. Namun
perkara itu bukan penghalang kami meneruskan persahabatan. Ketika waktu rehat
kami akan berkumpul di kantin dan makan bersama. Betapa indahnya saat itu.
Ketika waktu ini kami akan bertukar cerita. Bermacam-macam cerita kami bualkan.
Ada yang gembira, ada yang sedih. Jika sekolah mengadakan apa-apa acara kami
akan datang bersama. Berkumpul bersama. Berjalan bersama. Segalanya bersama.
Bagi kami tiada pernghalang untuk persahabatan kami kecuali ajal. Kegembiraan
kami berkekalan sehingga kami menginjakkan kaki ke tingkatan 3. Pada
pertengahan tahun 2013, aku disahkan mengalami jangkitan kuman pada tonsil yang
menyebabkan kelenjar air liur pada leherku bengkak. Tidak beberapa lama bulan
kemudian, sahabatku Erma pula mengalami bengkak di leher. Aku teringat kembali
perbualan kami ketika kami menziarahi beliau di rumahnya.
“eh Erma teruk jugak erkk bengkak kau.
Besar nyaa kau dah cek ke belum?”
“aku dah cek, doktor kata thyroid.
Mula-mula aku ingatkan aku berjangkit dengan kau, ye laa harituh kau punya
leher bengkak jugak kan?”
Pada saat beliau disahkan mengalami thyroid
aku tahu, beliau akan tinggalkan kami. Cuma kami tidak tahu bila perkara itu
akan berlaku. Kami hanya mampu memberikan sumbangan dari segi kata-kata
semangat sahaja. Pada awal tahun 2014, beliau hanya mampu bersekolah selama
seminggu dua. Kemudian beliau tidak kesekolah lagi. Mungkin kerana sakitnya
semakin teruk. Pada awal bulan 2, aku telah ditawarkan ke MRSM JOHOR BAHRU. Aku
terima tawaran itu dengan berat hati. Ketika berada di sana aku ada menghubungi
Aza untuk mengetahui keadaan beliau. Aza ada memberitahu aku bahawa keadaan
Erma ketika itu teruk sangat. Badannya dulu berisi, kini hanya nampak tulang,
mukanya yang comel berisi dulu kini kelihatan cekung. Pada saat itu aku hanya
mampu menyedekahkan Al-Fatihah sahaja. Air mataku jatuh berlinangan tatkala
terkenangkan beliau. Aku pernah terfikir, ya Allah adakah aku sempat berjumpa
dengan beliau ya Allah ? setiap kali selepas solat Maghrib aku akan melakukan
solat Hajat dengan hasrat bahawa Allah akan permudahkan segalanya. Setelah
berada di MRSM JOHOR BAHRU hampir 2 bulan, barulah aku pulang ke tempat asalku.
Beberapa hari sebelum aku pulang, aku dikhabarkan dengan pemergian sahabatku
yang disayangi. Perginya Erma Maslinda ke rahmatullah pada jam 5.00 petang di
Pusat Perubatan Universiti Malaya. Aku menerima perkhabaran itu pada pukul
11.00 malam. Tidak ada apa-apa yang mampu aku lakukan selain menangis, merintih
pilu. Tatkala itu tengiang-ngiang suara beliau di telingaku, terbayang-bayang
wajah beliau di mindaku. Ya Allah mengapa begitu awal engkau menarik nyawa
sahabatku? Ya Allah, aku ingin berjumpa beliau buat kali terakhir, aku ingin
cium mukanya, aku ingin peluk dirinya, aku ingin mengirinyinya ke perkuburan ya
Allah. Malam itu aku hanya mampu menangis dan menangis. Sebelum aku melelapkan
mata aku sempat menyedekahkan Yasin kepada beliau.
Esoknya aku ke sekolah dengan mata yang
bengkak. Bengkak yang teruk. Aku cuba menahan kesedihan ini. Aku sedar Allah
melarang kita meratapi pemergian seseorang. Aku cuba bertahan dan bertahan.
Pagi itu aku sedekahkan Yasin lagi sekali kepada beliau. Beliau telah
dikebumikan pada 19/3/2014 pada jam 10.00 pagi. Ketika itu aku berasa sangat
sedih dan gembira. Aku sedih kerana aku telah kehilangan seorang sahabat yang
telah bersama dengan aku hampir 8 tahun. Namun begitu aku gembira, aku gembira
kerana aku lagi rela melihat dia pergi menghadap Ilahi daripada dia terseksa
menahan kesakitan yang dialami. Aza ada memberitahu aku, Erma disahkan
menghidap leukimia, paru-paru berair dan sakit buah pinggang setelah kaser
throidnya menyerang paru-paru. Ketika itu aku tidak dapat menggambarkan betapa
teruknya sakit yang dialami sahabatku. Ya Allah kuatnya sahabatku ya Allah,
pelbagai dugaan yang dia hadapi ya Allah. Aku berasa sedikit kesal ketika itu.
Aku jauh, jauh berada di selatan tanah air. Aku tidak dapat memohon ampun
padanya, aku tak mampu berada di sampingnya ketika beliau memerlukan sokongan,
aku tidak mampu menatap wajahnya buat kali terakhir, aku tak mampu cium muka
nya sebelum dikebumikan, aku tak mampu mengiringinya ke perkuburan, aku tak
mampu, aku tak mampu. Kekesalan itu membuatkan aku semakin pilu. Aku baru
bercadang untuk berjumpa dengan beliau ketika aku balik nanti. Aku nak melihat
sendiri dengan kedua mataku keadaan beliau. Aku ingin beri beliau kata-kata
semangat. Aku ingin bawa beliau bersiar-siar. Namun semuanya terlambat. Kita
merancang Allah menentukan. Betapa besarnya kekuasaan Allah. AllahuAkbar. Aku
teringat kenangan-kenangan kami bersama. Terlampau banyak kenangan kami
bersama.
Disaat aku bersendirian aku termenung
seorang diri. Ketika itu mindaku mula membayangkan kenangan kami berempat
bersama-sama. Pada waktu petang, kami akan menunggang motosikal dan berkumpul
di taman melor. Pada hari selasa, kami akan bersama-sama pergi ke pasar selasa.
Pada waktu lapang, kami akan makan di gerai makjan. Jika kami makan di gerai
makjan, Leha dan Aza akan memesan laksa. Laksa Leha perlulah lebih otak udang.
Aku akan memesan ais kacang. Manakala Erma pula akan memesah air jagung. Aku
teringat kenangan kami ya Allah. Sambutan hari lahir beliau tahun lepas, kami
sambut dengan bersederhana. Kami hanya menyambut dengan bermain tepung di taman
melor. Hadiah yang aku berikan hanya sehelai baju yang bercorakkan bendera
british. Aku pernah melihat beliau memakai baju itu sekali sahaja, ketika malam
sambutan tahun baru. Perasaan yang aku dapat gambarkan ketika itu ialah
perasaan gembira yang tidak mampu diluahkan. Tapi apakan daya, Allah lebih
sayangkan beliau. Sudah ditakdirkan beliau pergi sebelum kami. Kami redha ya
Allah. Mungkin jasad beliau tidak ada bersama kami, namun kenangan dan memori
beliau sentiasa ada bersama dengan kami. Persahabatan yang kami jalinkan tidak
akan mungki n terputus setakat ini sahaja. Insya-Allah persahabatan kami kekal
dunia akhirat.
Erma Maslinda, kehadiran
kau dalam hidup kami telah memberikan kami sinar cahaya. Kau sahabat, kau
kawan, kau teman, kau kekasih, kau adik, kau kakak dan kadang-kadang kau juga
ibu kami. Persahabatan kita insyaAllah akan kekal selamanya. Walaupun kau
takada disisi kami sekarang ni, namun kami sentiasa ingat tentang dirimu. Kami
akan sentiasa kenang kau dalam doa kami. Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri
rahmat dan semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman
 |
| sentiasa merinduimu sahabatku :') |